Monday, December 1, 2008

Ikan Tenggiri



Perambut tenggiriMungkin ada tertanya-tanya, mengapakah di Yan pemancing tidak menggunakan kaedah hanyut dan bottom untuk memancing tenggiri, dan mengapa perambut dengan spinner digunakan. Di Yan, kaedah hanyut juga dipratikkan. Hanya dua atau 3 hanyutan sahaja boleh dilakukan pada satu-satu masa (bergantung saiz bot). Ini untuk mengelakkan gangguan (persilangan tali) kepada pemancing lain untuk membuat balingan dan karauan (casting). Kaedah casting lebih digemari kerana pemancing dapat merasa sentapan dan tarikan ikan semasa karauan dilakukan. Ia lebih memberi cabaran kepada pemancing untuk mengawal joran dan kekili semasa pertarungan berlaku.


Perambut tenggiri menggunakan beberapa bahan utama, antaranya:

1. Steel line

2. Batu ladung

3. Manik

4. Spinner

5. Mata kail

No comments: